SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Selasa, 8 September 2015

VIDEO TEKANAN EMOSI DI KALANGAN MURID


ITHINK - Gangguan Emosi Kanak-Kanak

Ithink Edu

NOTA - GANGGUAN EMOSI KANAK-KANAK

GANGGUAN EMOSI KANAK-KANAK

Pengenalan

Emosi merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia sejagat. Emosi juga merupakan salah satu tunjang yang penting dalam perjalanan setiap insan di muka bumi ini. Jika emosi diganggu,akan timbul beberapa masalah yang mampu  memberikan kesan-kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara dan sering kelihatan gelisah bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Jika berlarutan, gangguan emosi akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental.

            Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, “emotion” yang bermaksud “kegembiraan”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dak lain-lain. Bruno (1984) mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan yang mempu menganggu kitaran bendalir di dalam badan. Oleh itu beliau melihat emosi daripada pespektif ini kerana apabila seseorang itu mengalami emosi, hampir keseluruhan keadaan homeostasisnya terganggu dengan pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku dalam tubuhnya.

            Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan seseorang individu mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Kamus Dewan telah memberi maksud gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid sekolah.
  
Tanda-tanda gangguan emosi

Gangguan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada gangguan pemikiran, pebagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan, kebimbangan dan kemurungan. Murid yang menghadapi gangguan emosi dapat dikenal pasti melalui beberapa tanda. Tanda-tandanya adalah seperti di bawah.

a)    Kurang selera makan
b)    Loya tekak dan sering muntah
c)    Suka menyendiri
d)    Sering sakit perut atau sakit kepala
e)    Kelihatan sedih atau kecewa
f)     Cepat marah
g)    Suka menggigit kuku
h)    Kencing malam
i)      Kurang keyakinan diri
j)      Kerap menangis tanpa sebab
k)    Kerap diserang penyakit
l)      Bertindak agresif atau impulsif

Jenis-jenis gangguan emosi

Gangguan emosi ini dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Gangguan ini berlaku sama ada secara ringan di mana gangguan tersebut boleh ditangani atau gangguan yang terlalu kuat misalnya terlalu sedih sehingga mencederakan diri sendiri. Murid yang mengalami gangguan emosi, mampu menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan keupayaannya belajar.

Punca gangguan emosi

Terdapat banyak punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid boleh dikategorikan kepada bebeapa faktor iaitu faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat.

a)         Faktor Keluarga

-       Keadaan keluarga yang kucar-kacir, pertengkaran dan perceraian kedua ibu bapa.
-       Status ekonomi keluarga yang tidak stabil serta masalah kewangan.
-       Hubungan ahli keluarga tidak rapat, sering berlaku pergaduhan antara adik- beradik
-       Kurang perhatian, penghargaan dan kasih saying daripada ibu bapa
-       Penderaan oleh ibu bapa atau penjaga
-       Sikap ibu bapa yang pilih kasih

b)         Faktor Rakan Sebaya

-       Rakan sebaya yang agresif dan sering bergaduh
-       Ejekan dan penghinaan daripada rakan sebaya
-       Ugutan dan buli rakan sebaya
-       Rakan sebaya yang suka menunjuk
-       Disingkir dan tidak diterima oleh rakan sebaya
  
c)         Faktor Guru

-       Guru yang mengamalkan pilih kasih/diskriminasi
-       Gaya dan kaedah pengajaran yang kurang sesuai
-       Kemahiran komunikasi guru
-       Guru yang kasar dan agresif
-       Hubungan guru, murid yang kurang mesra
-       Kepimpinan guru yang autokratik

d)         Faktor Sekolah

-       Suasana dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif
-       Kurang kemudahan infrustruktur sekolah
-       Sikap pentadbir sekolah
-       Budaya sekolah yang hanya mementingkan kecemerlangan akademik
-       Peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat

e)         Faktor Persekitaran Masyarakat

-       Ahli masyarakat yang materialistik
-       Hasad dengki dan prasangka ahli masyarakat
-       Kurang persefahaman dalam kalangan ahli masyarakat
-       Diskriminasi dalam masyarakat.

 Langkah-langkah Mengatasi Masalah Gangguan Emosi

Gangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan bertanggungjawab seharusnya prihatin dan sensitif dengan perubahan diri murid yang mengalami gangguan emosi. Seterusnya guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid bagi mengatasi gangguan emosi tersebut.

Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:
•           Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk mengenal pasti punca
            gangguan emosi.
•           Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya
•           Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk meningkatkan keyakinan
            diri dan konsep kendiri.
•           Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah.
•           berbincang dengan ibu bapa atau penjaga.
•           Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik
•           strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi kehendak dan
            keperluan murid.
•           Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Gangguan emosi adalah satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karasteristik yang dialami oleh murid-murid. Emosi murid perlu dikekal atau dipertingkatka dengan pengajaran guru agar lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru juga perlu memahami emosi murid kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan murid sememangnya berbeza antara satu sama lain.

Hak Asasi Kanak-kanak

Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada sesebuah negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamt dan kondusif.  Kewujudan undang-undang yang memperuntukkan perlindungan terhadap kanak-kanak bukanlah satu perkara yang baharu. Sejarah menunjukkan bahawa beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan England telah mempunyai undang-undang dan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak bagi menlindungi kanak-kanak yang didera atau diabaikan seawal abad ke-17 dan 18.

            Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan. Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989 telah menerima pakai Konvensyen Hak kanak-kanak untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak di dunia. Malaysia telah menerima pakai konvensyen tersebut. Berdasarkan konvensyen ini, semua kanak-kanak tanpa mengira jantina, latar belakang, status sosio-ekonomi, kepercayaan agama dan kebolehan diiktiraf sebagai individu yang mempunyai hak-hak asasi untuk membesar dan mendapat perlindungan dalam kehidupan mereka.

            Sektor pendidikan mesti menunjukkan kepimpinan dan keberanian dalam mempertahankan hak semua kanak-kanak untuk pendidikan, penjagaan, dan perlindungan. Sekolah-sekolah dan pihak berkuasa pendidikan mesti membenarkan kanak-kanak dan remaja untuk memberikan respon yang efektif terhadap pelbagai cabaran yang mereka hadapi di dunia pada hari ini.  Pendidikan menyeluruh adalah satu hak asasi manusia. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan pendidikan yang baik dan ia akan menghasilkan pertimbangan sosial yang baik kepada semua lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak.

            Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan di mana semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama. Kanak-kanak juga tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi. Selain itu, tiada sebab-sabab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka. Di samping itu, menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak. Semua kanak-kanak tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan, jantina, sosial, ekonomi, kebudayaan, latar belakang etnik, dan agaman serta taraf kesihatan mereka mempunyai hak yang sama rata untuk kualiti pendidikan, penjagaan, dan perlindungan.

            Hak kanak-kanak Malaysia sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Hak kanak-kanak Malaysia merangkumi hak yang termaktub dalam konvensyen Hak Kanak-kanak, 1989 iaitu Hak Kehidupan, Hak Perlindungan, Hak Perkembangan dan Hak Penyertaan.

a)         Hak Kehidupan
            Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak di Malaysia mesti menyediakan keperluan asas untuk kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik dan kondusif, makanan yang seimbang dan air yang bersih. Ini dapat menjamin kelangsungan hidup yang positif dan ceria. Makanan yang seimbang dan air yang bersih diperlukan untuk kesihatan kanak-kanak untuk hidup yang positif dan aktif.

b)         Hak Perlindungan
            Kanak-kanak di Malaysia merupakan aset yang sangat berharga untuk masa depan negara. Oleh yang demikian, kanak-kanak di Malaysia sangat dilindungi dari sebarang unsur-unsur negatif seperti penderaan, pengabaian, eksploitasi dan penghambaan. Perlindungan akan diberikan kepada kanak-kanak yang didera sama ada fizikal, emosi atau seksual. Isu-isu penderaan, pencabulan, pengabaian oleh penjaga dan eksploitasi merupakan fenomena yang berlanjutan dan perlu dibanteras. Kerajaan Malaysia memandang isu-isu ini sebagai suatu bencana dan ancaman kepada pembangunan negara. Pihak yang melakukan penderaan, pengabaian dan eksploitasi ke atas kanak-kanak akan dikenakan hukuman yang berat.

c)         Hak Perkembangan
            Selaras dengan aspirasi Konvensyen Hak Kanak-kanak, Malaysia memberi perhatian yang serius dalam perkembangan holistik kanak-kanak yang melibatkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ibu bapa mesti menyediakan pendidikan formal kepada kanak-kanak dengan menghantar mereka ke sekolah dan pendidikan tidak formal seperti ilmu agama dan niali moral. Minat membaca dan kecintaan kanak-kanak terhadap ilmu pengetahuan perlu dipupuk sejak dari kecil demi memastikan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek.

d)         Hak Penyertaan
Kanak-kanak di Malaysia diberi hak untuk bergaul dan bermain dengan rakan sebaya dengan bebas tanpa sekatan. Melalui bermain mereka dapat berinteraksi dengan rakan sebaya seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka. Mereka boleh bergaul bebas tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, agama dan sebagainya. Kanak-kanak di Malaysia tidak dihalang untuk menyertai danmenjadi ahli persatuan dan kelab. 
     
            Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak juga telah menggariskan beberapa penduan yang harus dipatuhi oleh negara-negara di seluruh dunia. Antara hak kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut:

a)     Perkara 2
Negara-negara hendaklah menghormati dan memastikan bahawa hak-hak yang dinyatakan dalam konvensyen ini diberikan kepada setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpa apa jenis diskriminasi, tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, pandangan politik atau pandangan lain, warganegara, asal-usul etnik atau sosial, harta, hilang upaya status kelahiran atau status lain kanak-kanak itu ibu bapanya atau penjaganya yang sah.

b)    Perkara 3
Dalam segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak sama ada yang diaku janji oleh institusi kebajikan masyarakat awam atau swasta, mahkamah, pihak berkuasa pentadbiran atau badan perundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak itu hendaklah menjadi pertimbangan utama. Negara-negara pihak mengaku janji untuk memastikan kanak-kanak itu diberi perlindungan dan jagaan yang diperlukan bagi kesejahteraannya.

c)    Perkara 6
Negara-negara mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup.

d)    Perkara 13
Negara-negara  hendaklah memastikan kanak-kanak setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berhak kepada kebebasan bersuara, termasuk kebebasan untuk mencari, menerima dan menyampaikan semua jenis maklumat dan idea, tanpa mengira sempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau cetakan dalam bentuk lukisan atau melalui apa-apa media lain yang dipilih oleh kanak-kanak.

e)    Perkara 19
Negara-negara hendaklah mengambil segala langkah perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan, pengabaian atau pelakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi termasuk penderaan seksual, semasa dalam jagaan ibu bapa, penjaga di sisi undang-undang.

f)     Perkara 23
Negara-negara mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak kurang upaya secara mental atau fizikal patut menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dalam keadaan yang memastikan kemuliaan, menggalakkan sikap tidak bergantung, dan memudahkan penglibatan aktif kanak-kanak itu dalam komuniti.

g)    Perkara 28
Negara-negara mengiktirah hak kanak-kanak kepada pendidikan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua. Selain itu, menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam pelbagai bentuk, termasuk pendidikan umum dan vokasional.

h)    Perkara 29
Negara-negara bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan kepada perkembangan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi.  Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri bagi nilai kebangsaan. Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri. Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu.

            Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang perlindungan kanak-kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk membentuk Akta Kanak-kanak 2001 yang menjadikan laporan penganiayaan kanak-kanak mandatori. Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas. Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangta penting kerana kepada merekalah segala harapan dan cita-cita negara disandarkan selaku bakal pemimpin pada masa hadapan.

            Kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di dalam keadaaan-keadaan tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada menjadi mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Menyedari hakikat ini, maka pertimbangan utama di dalam segala tindakan, baik dari segi emosi dan peruntukan undang-undang yang menyentuh hal ehwal kanak-kanak, maka adalah tanggungjawab semua pihak untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

            Sebagaimana yang diketahui umum, pihak yang terlibat secara langsung dengan pembesaran dan pembangunan diri kanak-kanak adalah ibu bapa atau penjaga serta guru di sekolah. Ibu bapa atau penjaga dan guru telah diberi tugas serta tanggungjawab utama untuk membentuk keperibadian kanak-kanak keran mereka mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan anak-anak di dalam jagaan mereka. Ibu bapa atau penjaga dan guru adalah mereka yang saban hari bercampur gaul dan sentiasa berada di sisi anak-anak. Oleh itu, pasti banyak perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak daripada orang yang menjaganya. Oleh yang demikian, sebagai guru di sekolah, mereka sepatutnya berupaya memainkan peranan yang sewajarnya bagi membantu perkembangan emosi kanak-kanak dan memberikan perlindungan sepenuhnya kepada mereka mengiktu peruntukan undang-undang yang ada.